Saturday, August 27, 2011

Assalammualaikum,



Hello readers~
Dah lama gila aku tak update blog ni.Maaf, aku bukannya sengaja. Cuma rasa malas, idea kering and busy dengan exam yang baru je lepas. Assignment berlambak menanti, maklumlah dateline lepas raya. Sejak akhir akhir ni aku addicted dengar lagu lagu lama, Entahlah, bila didengar didengar, dan bila dibanding bandingkan dengan lagu lama dan sekarang, aku rasa lagu lama lebih banyak yang berkualiti. Oopss, tak kesah la, janji lirik sedap, boleh layan, aku okeyy je.

Actually sejak akhir akhir ni, mood aku agak tak menentu. Asek nak moody je. Kesian kawan kawan aku jadi mangsa amarah aku. Sorry geng.

Jadi bulan bulan puasa ni, tuhan ada bagi aku dugaan yang tak derlah berat sangat. Tapi still lagi effect life aku sikit. Ntahlah, bila difikir fikir balik, tuhan bagi aku dugaan alahai sikit je. Orang yang di luar sana lagi berat menanggung dugaan tuhan tapi masih lagi boleh hidup kan.

Kadang kadang bila aku sedih, aku fikir, aku ada teman dan family. Walau aku kena campak, tipu, terguris hati ke apa, mereka mereka ni masih ada.

Aku dah tak peduli lah orang tak suka aku, anti aku ke apa -.- janji aku tak kacau hidup orang lain, dah cukup baik kan. Nak kata aku kawan yang baik? aku kawan yang jahat sebenanrnya. Aku sedar tu, tapi aku take it slowly, aku try nak improve.Improve jadi yang lebih baik. Cuma aku perlukan satu peluang.

Pasal hubungan aku, its complicated. Aku cumburu, tapi aku tak boleh buat apa.Dia bukannya milik aku, buat apa aku nak cemburu?Nak kata hati aku dah jadi dingin, aku taklah sedingin dan secool mana pun.Jaja ayat 'im okey' im okey' padahal still lagi rasa sakit..Kawan aku kata,aku nampak kuat kat luar, tapi aku sebenarnya seorang yang rapuh.Ya, aku akui, aku seorang yang rapuh.

Tapi aku akan jadi kuat, kalau aku ada kauorang  :')

Terima kasih.

Tuesday, August 23, 2011

Depression

Assalammualaikum,



Hello readers..
Hari ini aku tiada mood untuk bermadah tentang cinta sebab hati aku tengah berkecamuk, keliru, gembira yang dibuat buat, perasaan cemburu dan dengki yang membuak buak sehinggakan membuat aku sendiri sesak dan buntu kenapa aku jadi begini sejak akhir akhir ni.

Aku tidak tahu apa masalah yang sebenarnya berlaku pada diri aku sendiri. Mahu dicerita dan dikongsi dengan orang lain, aku tak tahu mahu diceritakan bagaimana.

Hati aku berkehendakan begini dan begitu, yang akhirnya menyebabkan aku hampa dan kecewa sebab apa yang ku harapkan tidak tercapai.

Aku berfikiran negatif sejak akhir akhir ni, aku merasa rendah diri, merasa aku ini tidak berguna dan merasa aku ni tidak diperlukan orang lain.

Kadang kadang aku berkehendakan untuk lari dari masalah aku, masalah yang berpunca dari diri aku sendiri.
Kadang kadang aku ingin mahu menjerit sekuat hati aku untuk menyatakan betapa sakitnya untuk aku menerima diri aku seadanya.
Kadang kadang aku mahu jadi diri orang lain.
Tengok, betapa bencinya aku pada diri aku sendiri.

Tapi bila difikirkan balik, seteruk teruknya aku.
Aku masih ada keluarga di samping aku.
Aku hilang kawan atau hilang kekasih hati
Keluarga aku masih ada di sisi aku,
Dan disebabkan mereka jugalah,
Aku masih bertahan sehingga sekarang.

Terima kasih mak, ayah dan abang.
Aku bersyukur sebab aku dilahirkan di dalam keluarga yang cukup sempurna bagi mata aku.

Saturday, August 13, 2011

Luahan hati aku: bekas kekasih yang hampeh

Assalammualaikum,




Hello readers!

Pernah tak korang putus cinta? Lepas putus cinta dengan bekas kekasih tu, selang dua tiga hari dia dah jumpa pengganti. Pernah tak alami yang seperti aku cakap ni?

Kita bagai nak gila rindukan dia, tapi dia senang senang je jumpa pengganti dalam masa yang singkat. Masa tu rasa nak bunuh,cekik,tikam bertubi tubi atau bakar terus je bekas kekasih kau tu kan. Kita akan rasa seolah olah kita dipermainkan. Pernah tak korang rasa macam ni?

Kalau pernah, anda seakan akan senasib dengan saya. Tapi hal hal macam ni aku dah boleh handle sedikit demi sedikit,tapi ia memang mengambil masa yang agak lama lah.Aku ambik masa nak dekat setahun untuk melupakan si polan dan sekarang aku rasa happy gilaaaa sebab aku tak bersama dengan si polan. Rasa sungguh bertuah sebab tuhan telah tunjukkan aku siapa dia yang sebenarnya. Aku bersyukur kerana tuhan temukan aku dengan orang yang salah supaya aku ambil iktibar dan menjadi lebih berhati berhati untuk memberi kepercayaan terhadap orang tertentu untuk beri hati aku dekat orang lain. 

Mungkin kadang kala aku akan rasa rindu dengan dia, mungkin mata aku masih tercari cari bayangan dia, mungkin fikiran aku masih ligat memikirkan dia tapiii hati aku bukan untuk dia lagi. Aku sudah simpan untuk orang lain.Aku dah peluk, jaga erat erat yang hati ini khusus untuk orang lain. Siapa dia? Cuma aku dan Dia je yang tau :)

Korang pun kalau senasib dengan aku, janganlah difikirkan sangat pasal belas kekasih tu. Sebab kau deserve orang yang lagi better dari dia. 

Sebab itulah, aku nasihatkan, kita perlu sayang diri kita sendiri sebelum kita sayang orang lain. Itu perkara yang terpenting dan perkara yang perlu kau ingat.

Aku dapat kata kata hikmat ni dari blog kawan aku, kredit to Cik Miera :)

memang ALLAH sengaja menemukan kita

dengan orang yg salah supaya kita
sedar bahawa kita hanyalah makhluk yang
sentiasa mengharapkan pertolongan
ALLAH.

memang ALLAH sengaja menemukan kita
dengan orang yg salah supaya kita
sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH &
PENYAYANG kerana mengingatkan kita
bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat
untuk kita dan kehidupan kita pada
masa depan…

memang ALLAH sengaja menemukan kita
dengan orang yg salah supaya kita
dapat mengutip pengalaman yg tak semua
orang berpeluang untuk mengalaminya.

memang ALLAH sengaja menemukan kita
dengan orang yg salah supaya kita jadi
MANUSIA YG HEBAT JIWANYA..

Secara konklusinya, cuma Dia sahaja tahu apa yang terbaik untuk umatnya.Jadi pasti ada hikmah di sebaliknya.  

Okeyyy, byeee.

Thursday, August 11, 2011

Quote of the day.

He isn't my boyfriend, but I love his smile,

advice,kindness and the times we laugh

together. I just fell in love in  with our 

friendship.

Wednesday, August 10, 2011

Wordless Wednesday #1



Rindu pula :')

Cara cara nak pujuk awek.

Assalammualaikum,



Hello readers!

Okey, agak menyakitkan hati aku sebab aku terpaksa create balik lagi satu post yang dah berjela jela aku buat dengan buat yang baru memandangkan aku terdelete post aku yang lama. sob. Tapi tak perlah, demi untuk update entry yang baru aku sanggup! haha. Berkobar kobar semangat eden.

Pertama sekali, aku ingin memohon maaf sebab dah lama tak update blog ni sebab aku agak busy dengan kuliah ditambah dengan keadaan internet aku dekat sini yang tidak begitu baik. Walaupun takder yang teringin nak baca pun blog aku ni. -.-

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Tajuk untuk entry aku kali ini ialah, cara cara untuk pujuk awek korang yang merajuk tu. Sememangnya perempuan memang seorang yang sinonim dengan ayat 'merajuk' ni. Kalau lelaki merajuk lebih lebih tu errr..macam pelik jer kan. haha. Tapi ada jer lelaki yang merajuk macam perempuan. Ngada ngada jer lebih tu ha. Perempuan guna ayat manis sikit,lelaki dah okeyy kan? Kalau perempuan ni hati kental beb, kadang kadang even dah guna ayat ayat manis yang kau curi dalam movie 'u jump, i jump' tu pun still tak hilang lagi merajuk dia. Jadi aku akan sertakan beberapa tips yang cukup simple dan boleh digunakan oleh semua orang.

Tapi! ada juga sang lelaki ni pujuk awek dengan cara yang salah. Lagi kau pujuk, lagilah si dia sakit hati -.- Tolong jauhkan diri korang daripada melakukan hal hal seperti ini:

Buat tak tau

Ataupun dengan ayat yang lebih kasar, buat bodoh je. Korang ingatkan kalau membiarkan dia sementara kasi dia reda dia punya merajuk. Itu tak betul sebenarnya. Nanti perempuan akan fikir yang korang tak peduli pasal perasaan dia. At least pujukla dengan apa cara pun, yang penting semangat untuk memujuk itu penting. Kadang kadang perempuan saja nak menguji korang.

Fact: Sememangnya, perempuan ni hatinya lebih sensitif dan kadang kala suka fikir bukan bukan.

Buat lawak tak kena.

Ataupun dengan ayat kasar, buat lawak bodoh. Jangan sekali kali korang beranggapan dengan membuat lawak yang merepek dan menyakitkan hati boleh membuatkan si dia lebih okey. Tak silap hari bulan, merajuk dia bertambah tambah adalah. Sebab bagi perempuan, tak semua perkara boleh main main, dan ada sesetengah perkara perlu dipandang serious. Be matured pleaseeeeee!

INI ADALAH BEBERAPA PERKARA YANG KORANG JANGAN BUAT KALAU TAKNAK MENEMPAH PANDANGAN MAUT DARI AWEK KORANG.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Tapi biasanya, perempuan merajuk tak lama pun, yang penting usaha korang memujuk itu ada.
MAKAN HATI SI PEREMPUAN KALAU KORANG TAK PUJUK WEYYY. 

Jadi, inilah beberapa tips untuk korang korang ye :)


Gunakan ayat yang boleh buatkan dia cair seperti chocolate.



-Walaupun kadang kala korang mungkin bukan seorang yang romantis dan memang tuli dalam hal hal romantika romantika ni ha, tapi korang still boleh gunakan kaedah ni. Apakata rajinkan diri korang untuk mencari ayat yang power power ni kat internet, buku atau tanya geng geng korang yang ' mat romeo' tu.Tapi lebih baik kalau korang buat ayat sendiri. Yang penting keihlasan itu penting. Nyatakanlah kat perempuan tu betapa kau sayang dia. Ala, korang ngurat awek awek tepi jalan guna ayat ayat power boleh jer sangkut, takkan nak pujuk awek sendiri tak geti kot. Lebih power kalau kau cakap dekat dia depan depan and jangan lupa senyum tau. Malu tak malu, itu tolak tepi. okayy

Ini aku kasi link untuk kasi ayat ayat romantisss buat awek korang,

http://www.romanticlovemessages.com/cat/romantic4.htm
http://www.romantic-lyrics.com/lovequotes.shtml

Jadi jiwang sekali sekala, tak salah kan?
'Biar saya punya manja awak saja boleh rasa'  -150 juta lyric


Bagi si dia hadiah



- Hadiah tak payahlah nak berjuta juta ringgit (melainkan awek korang tu mata duitan) err..itu lain cerita. Bagi hadiah yang dia suka ditambah dengan ucapan maaf yang bersungguh sungguh, lepastu letaklah ayat ayat jiwang yang korang curi dari internet.Itu sudah memadai. Yang penting, ikhlas :) 

Bagi bunga pun okey jugak. Tapi bagi perempuan yang tak berapa suka bunga (macam aku) tak payahlah bagi -.-. Lagi lagilah kalau permpuan tu allergic. Bagi bunga ros yang berwarna merah yang membawa maksud, kau cintakan dia, lepastu korang letakkan cebisan ucapan yang korang menyesal dengan perbuatan korang dan taknak ulangi lagi.

Atau bagi si dia chocolate jela, kalau takde idea nak bagi apa sebab chocolate ni khasiat dia banyak. Lagipun baik untuk jantung tauuuu. Bagi chocolate dalam bungkusan yang kecil. 

Kalau awek korang ngada ngada sangat, konon tak nak terima hadiah korang kasi tu, letak je sembunyi sembunyi dalam beg dia. Lepastu send message kat dia suruh tengok beg diorang tu ha. Ala, depan korang memanglah dia taknak terima tapi peratus untuk dia tengok apa hadiah yang korang bagi dalam beg tu amatlah tinggi.

Nyanyikan lagu untuk si dia.



-Kalau dah betul betul takde modal dah. Semua korang buat still tak jalan, apakata korang nyanyikan lagu untuk dia. Nyanyikan lagu yang dia suka. Kalau suara korang sedap memang bertambah tambah lagi lah hati dia akan berbunga bunga dengar suara kau. Nyanyikan dalam phone, kalau si dia jauh dari korang, kalau dah tak tau music pun, suruhlah kawan korang mainkan gitar untuk korang then korang nyanyi la. Nyanyi dengan ikhlas dan serious tau. Janganlah ada gelak gelak plak kat belakang -.-. Cara ni pun romantik jugak tau.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Benda ni actually simple je. Tapi ramai yang cakap nak pujuk awek susah, tapi sebenarnya senang je. Cuma yang penting kenalah faham dan kalau korang ada buat salah kenalah mintak maaf.

Yang penting, korang lakukan semua ni dengan ikhlas. Mungkin korang semua ada cara masing masing untuk pujuk awek ni, jadi terserlah lah kat korang, aku cuma beri pendapat untuk beberapa tips saja.

Tapi kepada awek awek, janganlah merajuk lama sangat. Kesian boyfie awak tu tau. Lainlah kalau dia tak pujuk langsung, ha, yang tu cari lain jelah. hahaha

Apa apapun, selamat mencuba, okeyy

byee :)

Sunday, August 7, 2011

Saya cuma pandang dia dari jauh.

Assalammualaikum,

'No matter what happens, I will save my love for you until the end'
Hello readers!

Hari ni apa kata kita berada dalam mood jiwang. Malam malam ni dengan suasana yang sunyi, sambil dengan lagu lagu cinta, perghh memang kau akan terbuai la. Terbuai tido la kalau ngantuk sangat. Haha. Baca la title kat atas tu, 'saya cuma pandang dia dari jauh'. Bila korang baca pasal title ni, apa yang terlintas dalam pemikiran korang? . Kalau bagi aku, cinta yang bertepuk sebalah tangan. Ia memang kedengaran agak menyedihkan.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Aku ada satu story, real storyni! Tentang seorang kawan aku ni, dulu. dia memang gila bayang dekat seorang kawan perempuan aku ni. Tapi, malangnya, kawan permpuan aku tu dah berpunya and diorang dah couple selama setahun setengah. Kesian kawan lelaki aku ni, sebab dia cuma pandang kawan perempuan aku ni dari jauh je. Kalau kau mesti ada rasa sakit kan, setiap kali kawan perempuan tu cerita pasal boyfriend dia kat kawan lelaki tu, even dia senyum ke apa, mesti ada terlintas dalam hati dia 'kalau kau bahagia, itu dah cukup bagi aku' Perghhhhh, sedih kot :(

Tapi kawan lelaki aku ni tak pernah give up perasaan dia kat kawan perempuan aku ni. Dia still care dan jaga hati kawan perempuan aku ni, walaupun masa tu kawan perempuan aku still tak sedar, aku dengan kawan kawan aku yang lain boleh nampak. Dan disebabkan kesabaran dia tu, tuhan telah tunjukkan pada dia, penantian dia berbaloi. Sekarang ni, kawan perempuan aku dengan dia dah jadi semakin rapat dan berstatuskan 'kawan tapi mesra'. Aku happy. Serious doh happy. Tengok diorang dah makin berseri seri, aku rasa agak lega. Sekurang kurangnya, kawan perempuan aku akan dijaga hatinya dengan baik :)

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Back to the topic, 'saya cuma pandang dia dari jauh'. Ia memang amat menyakitkan kalau kau punya nasib bukan macam kawan aku yang dia atas ni. Yela, bayangkanlah, perasaan suka tu kita tak boleh paksa, ia datang dengan sendirinya. Kita tak boleh pilih dengan sapa kita akan jatuh cinta. Sebab tu aku selalu cakap dekat someone, perasaan tu tak boleh paksa. Kalau dah tak suka, kita tak bolehlah cakap suka semata mata sebab kita simpati atau sebab 'perbuatan atau perangai' kita seakan akan sama dengan orang yang kita suka.Sebab nanti akibatnya, sebelah pihak akan terluka.

'Jatuh cinta pada dirinya yang sebenar, bukan pada dirinya yang palsu'

Ayat di atas ni membawa maksud, cintailah keburukan dan kebaikkannya sebab manusia bukannya sempurna kan?. Jadi kalau nak mengekalkan sesuatu hubungan ni, masing masing kenalah terima baik buruk. Mungkin nak terima keburukan orang lain agak susah , tapi nak wat macam mana kan, kalau dah sayang, apa boleh buat ? :)

Aku ni macam dah lari topic jer -.- tu la suka bercakap sangat memang macam ni, merapu sudah. Haha. Takper, itu tips tambahan. Kau ingat aku ni Dr.love ke pandai nak handle masalah masalah cinta orang ni ha? Cuma kadang kadang aku bercakap daripada pengalaman dan pendapat aku sendiri. Hehe. Jadi aku ni dikira 'noob' lagi dalam percintaan ni, chewaahh.


Cinta yang bertepuk sebelah tangan.

Yeah, its tiring, but its still cant stop to fall in love with you


Aku sendiri pernah rasa. Aku jujur ni. Tak tipu. Masa tu hati aku luluh, lentuh, rentung, tertarik tarik,rasa macam nak naik roller coaster banyak kali lepastu jerit bagai nak gila, rasa sakit sangat bila kau tengok orang yang kau suka, menyukai orang lain. Sebab tu la 'UNTUNGLAH KALAU DAH SUKA SAMA SUKA'. Haha.

Cara cara untuk melupakan insan yang tak pernah suka kat kita ni ialah:

Menjarakkan diri kita dengan dia buat sementara.


I will stand silent as the grave, looking at you afar without you knowing. From very far away, so that you will completely forget my existence.


Lebih lebih lagi kalau kau jatuh cinta dengan kawan sendiri. Parah beb, kalau nak menjauh tu. Tapi untuk membaik pulih dan untuk mengelakkan dari rasa sakit, better kau jauhkan diri untuk seketika.Sebab tu la, kalau ada di kalangan kawan korang yang start menjauh or tak rapat dengan korang lepas meluahkan perasaan dia kat korang,janganlah fikir yang dia membenci kau. Dia buat begitu dengan ada sebab. Perasaan sayang, bukan senang untuk dilupakan. Melainkan, dia tu jenis yang memang takde perasaan kan.


'Aku membawa diri bukan kerana benci, aku membawa diri kerana aku cintakan kau'

Menyerahlah untuk menang. 


I'll just pretend its nothing happen 



Ada juga di dalam kalangan kawan aku ni, dia dah lihat kawan aku dengan orang lain dah bahagia, dia pun bahagia untuk dia jugak. Tapi still nampak lagi rasa suka dia kat orang tu, cuma dia taknak ngaku je. Dia just berdiam diri, itulah cara dia untuk menyayangi perempuan tu. Dia tak selfish, tapi akibatnya hati sendiri sakit.

'Kita boleh tipu orang lain, tapi kita tak boleh tipu perasaan kita'


'Berfikiran 'ini bukan jodoh kita'


This words explain everything


Ni ayat untuk menyedapkan hati la. Sekurang kurangnya kau pujuklah diri kau yang ni bukan jodoh kita, mungkin kau akan temui yang lebih baik, itu kita tak tau kan? Pujuk diri kita untuk terima semua ni, pujuk diri kita untuk move on. Ia memang bukanlah satu perkara yang senang, tapi kalau kita tak cuba bila lagi kan? Mungkin ambik masa bertahun tahun, tapi sekurang kurangnya kau tahu kan ada seseorang yang telah ditakdirkan jodohnya dengan kau, menunggu kau di sana.

'Cinta pertama tidak semestinya cinta terakhir, dan cinta terakhir mungkin boleh kekal hingga ke hujung nyawa'


Hiraukan perasaan rindu.


Chocolate is my first love <3



Ha, ni memang akan terasa sedalam dalamnya. Kalau kau tak jumpa dia kau akan rasa rindu yang teramat sangat, tapi kalau dia dah bersama yang lain, apa yang kau boleh expect kan? kembali pada kau? berpaling pada kau?.Haha, jawapannya tidak ye adik adik. Kalau di pihak yang lain, jika kau ganggu sesebuah hubungan, kau akan dipanggil sebagai 'orang ketiga'. Menjadi orang ketiga, memanglah menyakitkan. Kalau dia tak boleh tinggalkan kekasih tetap dia tapi dia still nak memiliki kau, satu hari percayalah, kalau dah kantoi, dia akan tinggalkan kau terkontang kanting. Masa tu nak menyesal, nak merayu pun tak guna juga.

'Kadang kadang aku berharap untuk memiliki satu kotak hati yang boleh membaca apa yang difikirannya tentang aku dan yang boleh meneka isi  kata hatinya yang sebenar bila dia menemui aku kerana aku sudah letih untuk menjawab segala teka teki yang tak terjawab dalam minda aku tentang dia'


Adakah dia rindukan aku seperti aku rindukan dia juga?
Adakah dia memikirkan aku seperti aku memikirkan dia?
Adakan dia bahagia tanpa aku?
Apa makna senyuman itu semua?
Adakah dia tak pandang aku seperti dahulu?


Aku masih rindukan dia.
Aku masih fikirkan dia,
Aku bahagia melihat dia bahagia walaupun aku sakit,
Aku rindukan senyuman dia,
Aku masih pandang dia sama seperti dahulu.
Yang penting, perasaan ni masih tak berubah.

Oh yeahh, aku tahu ayat dia atas agak sedih. Tiba tiba teringat, jadi macam ni la. Meroyan tak tentu pasal.

Hilangkan rasa rindu, dengan menyibukkan diri anda


I'm busy now, so I don't care.



Dari kau sibuk sibuk fikir pasal dia, yang boleh membuatkan mood kau down sebanyak 90%, lebih baik kau menyibukkan diri dengan benda yang kau suka. Sama ada nak kareoke sampai hilang suara ke? nak drift malam malam buta, konon nak test power motor ke, atau kau nak mandi sampai kau beku dalam tu.


'Mandi merupakan salah satu kaedah untuk menghilangkan rasa sedih'

Yep, ia memang betul, sebab ia dapat menenangkan hati kau yang gundah gulana tu. Air bersifat tenang, jadi basahkan kepala kau, dan nangis la puas puas.Kau lepaskan semua tu, sampai kau sendiri dah letih nak nangis.Lelaki atau perempuan pun, boleh menggunakan kaedah yang sama, Tapi lelaki ni agak susah untuk keluarkan segala yang tersirat dalam diri dia berbanding perempuan, betulka? Tapi apa kata kau cuba dulu, tak kira kau lelaki atau kau perempuan. Ala, lagipun kalau kau menangis dalam bilik air pun, orang tak boleh tahu kan?

Yang penting, lepaskanlah semuaaaaaaaaaaaaaaaaaaaanyaaaaaaaaaaa :)


Keep smiling,


Tengok! baby pun pandai senyum kannn :3



Senyum merupakan satu penawar. Tapi ini aku tak syorkan sangat sebab kalau hati dah sakit, yang mampu kau berikan pada orang ialah 'senyuman yang palsu'. Tapi ada sesetengah orang ni, bila dia senyum, mood dia akan kembali ceria, seolah olah takde apa yang berlaku dekat dia.

'Keep smiling on your face, because you have a very beautiful smile dear'


xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Tips tips ni hampir sama dengan cara cara untuk recover dari putus cinta. Tapi aku ada tambah sikit sikit.
Kalau kau nak jadi macam kawan aku, menanti sang puteri sampai ke penghujungnya, kau kena banyak bersabar. Tapi kadang kala, kita cuma mampu merancang, tapi tuhan tentukan yang mana terbaik untuk umatnya.

Jadi kalau kau merancang nak tunggu dia 1000 tahun lagi ke, kalau jodoh kau bukan dengan dia, kita tak boleh buat apa. Jangan risau, mencintai dan dicintai merupakan satu proses untuk menjadikan kita lebih matang dan mengajar kita untuk menghargai seseorang.

Kadang kadang, kalau kau bertahun tahun bercinta pun, tidak semestinya akan kekal. Itu semua bergantung pada jodoh. Tetapi janganlah kita tidak berusaha, kita kena sentiasa berusaha untuk kekalkan jodoh tu.

Jadi aku doakan, sesiapa sahaja yang dalam mabuk bercinta ni, akan kekal sehingga ke hujung nyawa :)

Okey, byeee :)

Thursday, August 4, 2011

Jenis jenis kawan

Assalammualaikum,



Hello readers!

Nampaknya aku dah jadi gian kalau tak menulis satu hari kan. Lepastu entry aku mesti panjang berjela jela. HAHA. Sebab aku suka cakap banyak. Okey, entry aku sebelum ni tentang jenis jenis cinta, aku ada nyatakan 5 jenis jenis cinta yang berlaku dekat dunia ni. Sekarang aku akan bahas tentang jenis jenis kawan plak. Kenapa? tak percaya ka?. Kawan pun ada banyak jenis kalau you'olls semua nak tau. Ini dari pandangan aku la, aku tanya Mr.G or nama penuhnya, Mr.Google, dia ada juga cerita sikit sikit tentang jenis jenis kawan tapi banyak yang tak sama macam apa yang aku fikirkan -.-.Takperlah, aku akan share dengan koranglah tentang hal ni.

Semua yang aku fikirkan ada 6 jenis jenis kawan. Aku rasa memang ada macam macam jenis kawan. Tapi ini based pada pengalaman aku, yang aku alami sendiri dan aku jumpa sendiri.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


Kawan sejak kecik



Ha! ni tipulah korang takder. Walau sorang pun, mesti ada kan? Aku ada kawan yang sejak kecik sampai sekarang pun aku still berkawan lagi dengan dia. Kebiasaannya kawan sejak kecik ni, family masing masing kenal sama kenal. Malah kedua belah family kadang kala rapat juga tau. Cuma kawan sejak kecik ni akan berubah ikut aliran masa, lebih lebih lagi kalau korang dah tak sama satu sekolah macam dulu. Dulu rapat macam belangkas, sekarang dah tak rapat macam dulu lagi. Aku betul betul rindu zaman aku dengan dia jadi budak nakal dulu. Tapi sekarang masing masing dah sibuk dengan hal masing masing kannn.

Kawan makan kawan



Ha!, ni kawan yang sememangnya hampeh dan menyakitkan hati. Kalau ada kat depan mata korang, rasa macam nk tarik tarik jer rambut dia, siat siat kulit dia lepastu baling dekat kolam *SPV* (asrama tempat aku study) HAHA. Tak pasal pasal, kau jadikan dia beef stick nanti. Kawan makan kawan ni nak tau ciri ciri dia amatlah mudah, dia seorang yang HIPOKRIT . Depan orang tu baik, belakang kau kutuk dia macam macam. Ini biasalah perbuatan orang pengecut, tak berani nak kata depan depan.Kadang kadang makhluk seperti ni dyer cemburu dengan kelebihan oran lain, sebab tu dia suka memburukkan perihal orang tu untuk kepuasan diri sendiri. Boleh dikatakan diorang ni suka TIKAM BELAKANG, takut kalau tikam depan, kawan dia sediakan pistol awal awal untuk tembak kan?(serangan mulut bertubi tubi) HAHA

Kawan yang 'teman tapi mesra'



Ini sweet (hati berbunga bunga,tersimpul simpul malu) HAHA. Kebiasaannya ni berlaku antara pihak lelaki dan perempuan. Eh, kalau sebaliknya itu, err aku tak tau -.-. Ha, alang alang aku nak cerita sikit tentang isu lesbian or gay. Sorry lari topik sikit. HAHA. Aku memang tak faham lah kenapa mesti ada orang macam jauhkan diri dari orang yang lesbian or gay ni. Dorang okayy jerlah, kalau korang nak tau la. Naluri dorang jer yang tersongsang, tapi dorang yeahh still human right. Ada hati dan perasaan. Tak payahlah nak perli or nak kacau dorang kalau diorang tak kacau kau. Aku sendiri ada kawan aku yang lesbian or gay ni. Btw, aku ada berkawan dengan orang yang macam ni. Kadang kadang kesian aku tengok, jejaka jejaka atau pretty pretty girls ni macam pandang slack kat dorang, lepastu try nak jauhkan diri dari diorang ,lepas tu kutuk kutuk belakang. Eww, i benci orang macam ni. Huh! .Apakata dari korang mengumpat dorang and menambahkan dosa, korang cubalah try selami diri diorang (bukan buat diorang jatuh cinta dengan korang -.-) lepastu bagi nasihat, yang hal ni diharamkan dalam islam. Aku rasa rata rata daripada mereka ni dah tahu benda ni adalah haram, tapi dorang still tak boleh lari dari naluri diorang. Paling paling koman pun, korang doakanlah diorang berubah. Dari sibuk menyumpat tu akak akak, baik akak akak baca ayat ayat suci alquran, dapat pahala tauuu.

Okey, back to the topic, panjang ni aku nak cerita tentang teman tapi mesra ni. Aku sendiri alaminya sendiri sekarang.Hehe. Korang still berkawan dengan someone, tapi korang macam couple. Macam mana eh nak cakap -.- . Korang bukan couple and bukan teman biasa. Korang lebih dari seorang teman. Tapi best juga tau syok dekat member sendiri. Sebab kita dah kenal hati budi masing masing. Cuma keburukannya ialah, once dah gado besar atau putus, tak akan jadi rapat macam dulu. Tu yang terjadinya broken friendship. Yep, aku pernah alami benda ni jugak, tapi aku ni jenis yang tak pernah serik. HAHA. So kalau hati dah suka, cakap jerlah suka. Tak payah nak tipu diri sendiri kannnn? :)

Kawan yang macam belangkas,



Dalam erti kata lain, kawan rapat atau BFF la. Biasanya ia tidaklah terlalu ramai. Paling paling pun kurang dari 10. Sebab kawan rapat ni kawan yang sama sama susah, sama sama senang dengan korang. And kawan rapat ni tahu lebih banyak tantang diri korang berbanding kawan kawan biasa korang yang lain. Kawan rapat ni juga yang sama sama buat jahat, buat benda benda merepek dengan korang. Kalau tengah ada masalah, korang perlukan antara satu sama lain.Dia pun biasanya berkepit dengan kau 24 jam, ada muka kau, muka dia pun ada lah jugak. HAHA

Fact: Aku bukanlah penasihat yang baik, tapi aku boleh jadi pendengar yang baik.So setiap kali kawan aku sedih or moody, biasanya aku tunggu kawan aku tu untuk ceritakan masalah dia sendiri kepada aku. Kadang kadang ada certain orang yang ada masalah, suka menyendiri untuk sementara. Itu biasa, tapi korang cubalah pujuk kawan korang tu untuk bercerita. Sebab kita boleh kurangkan beban itu dengan berkongsi pada orang lain.Tapi kalau dia taknak cerita, korang biarkanlah dia buat sementara. 

Kawan biasa,



Kawan kawan kelas korang yang tak rapat sangat dengan korang. Biasanya kalau terjumpa akan tegur atau berikan satu senyuman je. Borak borak dengan diorang pun biasanya hal yang umum. Macam pasal bola, lelaki hensem, awek cun, makan apa buka puasa ni, game, assignment dan macam macam lagi. Jarang kita nak kongsikan masalah kita yang berat terhadap kawan biasa.Biasanya lebih dari 10 atau satu tempat kolej tu kawan biasa korang.


Kawan alam maya,



Korang berkenalan melalui facebook, twitter, tumblr, blog atau laman sosial yang lain.Biasanya tak semua boleh percaya ni. Chatting punyalah sopan dan baik, walhal diri sebenar dia bukan macam tu. Eh ehhh, ada tauu. Ada juga yang nak kawan dengan awek awek comel atau lelaki lelaki yang ada muka kat fb, walaupun kebanyakannya itu semuanya edit semata mata untuk kasi nampak WOO, padahal bila depan depan takder pun muka macam WOOO tu. Tapi kalau nak berkawan untuk tambah kenalan, apa salahnya. Lantak dorang lah nak hipokrit ke apa, janji takderlah sampai korang nak bercinta cinta dengan orang yang baru kau kenal sehari dua kat facebook. Ingat tu adik adik, zaman sekarang ni bahaya tau, lebih lebih lagi pada perempuan. Janganlah letak gambar korang yang sexy smexy tu kat facebook, kalau ada certain lelaki yang miang ni, diorang copy and paste je jadi diorang punya koleksi tooooooottttt. So hati hatilah, kalau nak kawan boleh tapi berpada pada. Aku pun sebagai kaum hawa, malu dan kesian tengok kaum hawa sendiri terhegeh hegeh tayang body kat laki. ish ish.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


Okeyy, dah siap untuk entry jenis jenis kawan ni. Salam penutup.

Byeee :)

14 Tips untuk jadi happy ;)

Assalammualaikum,



Hello readers!

Korang nak tau tak ubat yang paling mujarab bila kita penat bekerja, stress, atau terasa beban ialah mengeluarkan satu senyuman atau ketawa. Lagipun girls girls yang comel kat luar sana, kalau nak kasi kaum adam cair macam chocolate bila pandang kau orang, bagi jer satu senyuman manis kaw kaw macam nescafe. Confirm! cair dah kaum adam. Tapi lelaki yang muka masam jer pun, tak cool jugak. Sebab aku suka lelaki yang murah dengan senyuman berbanding lelaki yang berlagak cool setiap masa. *eww, tolonglaaaa~*

Ini fakta yang aku petik dari suratkhabar :

  • Setiap kali kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot berbanding 43 ketika mengerut dahi.
  • Setiap kali kita tersenyum atau ketawa ia bersamaan dengan senaman joging dalaman yang dapat merangsang tubuh dan memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan hormon.
  • Memulakan hari dengan senyuman boleh menceriakan hidup dan memberi banyak kebaikan kepada kesihatan.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Oke. cukuplah entry pasal senyum. Sebenarnya, tujuan asal aku untuk mengatakan senyum atau ketawa kebiasaanya kita kaitkan dengan happy atau gembira.Senyum merupakan salah satu cara untuk happy juga tau. So jangan pandang rendah akan betapa hebatnya kuasa satu senyuman ni.


AWAK NAMPAK COMEL KALAU AWAK SENYUM 
Tengok, tite dah rindu dia dah :(

Selain daripada senyum, aku akan nyatakan 13 tips lain untuk mengamalkan gaya hidup yang happy. Ini aku petik sedikit dari majalah remaja dan aku ada olahnya sikit sikit.

Berfikiran realistik dan positif


Elakkan dari berkata pada diri sendiri 'kalaulah aku kaya' 'kalaulah aku cantik' 'kalaulah...' . Oh! tolonglah buang jauh jauh ayat ni dari pemikiran korang. shuuu shuuhhh!. Korang nak tau, kalau korang rasa or berfikiran sedemikian, korang akan rasa down. Bila korang down, korang akan stress. Ha, tak pasal pasal stress kan..Sepatutnya, kalau kita sedar kita ada kekurangan, kita try to jadi better person. Berusaha untuk berubah jadi lebih baik. Berfikiran positif dan menghadapi musibah dengan sabar dan percayalah, setiap musibah itu ada hikmahnya. Setiap perkara yang berlaku, yang tuhan tunjuk pada kita, pasti bersebab kan? And yang paling penting percaya pada diri sendiri (tapi jangan over confident) dan terimalah diri kau seadanya. :)

Life for today!



Dalam erti kata lain, hiduplah untuk hari ni. Jadikan hari ni lebih baik dari semalam. Lupakan hal yang lepas, dan berfikiran kedepan.Tapi janganlah terlalu set dekat mind tu kau nak 'masa depan yang perfect' sebab ia kadang kadang bergantung pada takdir dan kebolehan kita sendiri jugak. So kau berusaha untuk capai apa yang kau nak, dan jangan lupa untuk disertai dengan tawakal. Tanpa Dia, siapa kita kan? :)

Jangan berkira sangat dengan orangggg,



Ha, jangan berkira sangat atau kedekut nak tolong orang lain. Kan kita hidup ni untuk saling bantu membantu kan? Setiap kali kau nk tolong orang tu, janganlah nak mengharapkan satu balasan, tolonglah dengan ikhlas. Eh wa cakap sama lu olang ahh, bila kita tolong olang, hati kita senang tau(ala ala apek cina cakap). Kalau tak percaya cubalah try tolong sapa sapa, macam mak kau ke, mesti mak kau happy. Dapat mengeratkan silatulrahim tu. Orang hati senang, kita pun hati senang. lalalala~

Jangan dengki pada orang lain.


Burung pun boleh jeles tauuu
Pada satu petang hari tooot bersamaan tarikh toottttt, Bedah jalan jalan la di sekitar taman. Pada asalnya, nak berjogging sebenarnya, tapi tak jadi lak sebab dah leteyyy dah. Anak anak ikan pun tiada yang kelihatan dekat taman tu. Bedah hampa. Tiba tiba, dia terpandang satu pasangan ini sedang berlari lari anak ala ala cerita hindustan (sebenarnya berjogging bersama sama). Bedah terperanjat. Rupa rupanya itu pasangan Joyah dan boyfienya Mr.H. Melihat mereka ketawa dan tersengih sengih manja tu, membuatkan Bedah merasa cemburu. Dia merasa sakit hati melihat Joyah happy dengan boyfienya. Sedangkan dia? single, kesunyian, tak laku. Dalam erti kata lain, andartu. Bedah rasa dengki akan kebahagian Joyah.Bedah tekad nak mengurat Mr.H yang tak handsome tu.

Cerita di atas ni tiada kaitan antara hidup atau mati, aku saja buat buat cerita. HAHA. Itu di antara contoh contoh rasa dengki terhadap orang lain. Kalau nak happy, tak payahlah dengki dengan kelebihan orang lain, pantang orang lain 'ups' sikit, dah cemburu. Kawal sikit cemburu tu. Cemburu dengan kawan kau lagi hot dari kau pun tak berguna pun, buat diri sendiri sakit hati je kalau terlalu fikirkan benda tu. Lebih baik tak payah nak kusutkan minda kau dengan memikirkan kelebihan orang lain. Apa kata cari kelebihan sendiri dulu kan?

Tumpang kebahagian orang lain.



Kau rasa turut happy kawan kau dapat naik pangkat dan ucapkan tahniah kepada kawan kau yang naik pangkat tu.Janganlah mentang mentang kawan kau naik pangkat, kau rasa lepas ni kawan kau akan sombong dengan kau dan kau tak rasa happy lagi setelah kau memikirkan hal ni.Boleh tak jangan berfikiran negatif? Jadikan kebahagian orang lain sebagai kebahagian kita jugak okey? Tak kira sesiapa pun, everyone deserve to be happy. Kau pun akan dapat pulangan kau nanti.


Senang memaafkan,



Janganlah sampai putus saudara untuk mempertahankan siapa yang salah, siapa yang betul. Kenapa susah sangat buang ego kau tu untuk memaafkan orang lain. Tak rugi pun weh, serious ni aku cakap. Memang masing masing ada ego, termasuk aku sendiri. Aku pun ada ego, tapi pandai pandailah, jangnlah terlalu over. Sampai bertahun tahun, sampai turun temurun pun ada jugak. Hais, tak faham betul aku spesies orang gini. Lagipun kau tu 'perfect' sangat ke sampai kau ingat dia sorang jer buat salah, padahal kita semua tahu kan, nobody perfect. *ayat aku ni macam nak tujukan kat someone je, HAHA*


Kurangkan kritik orang,



Ni lagi satu spesies manusia yang fikir diri dia tu bagus sangat tau, sampai suka kritik orang lain. Kalau kritikan membina takpe la jugak, boleh diterima pakai lagi. Ini tak, mengkritik untuk membuatkan orang rasa down. Dari kau nak terlalu prihatin terhadap orang lain, lagi baik kau prihatin dengan diri kau sendiri. So kurangkan kurang mengkritik orang ni. Tengok diri dulu la ye :)

Hukum Allah


Untuk menjadi orang yang happy, kita kena selalu sedar yang hukum alam ni berjalan dengan seimbang.So berusahalah, kurangkan bergantung pada orang lain. Dan ingatlah, Dia sentiasa ada dengan kita. :)


Sahabat tulen,



Ini bukan bermaksud spesies yang bukan aww aww tu. Sahabat tulen ialah, orang yang sentiasa ada dengan kau masa senang dan susah.Untuk menjadi makhluk yang happy, kita kenalah jadi kawan yang baik untuk orang lain. Tolong kawan kita masa susah senang :)


Jujur,



Jangan jadi diri orang lain. Jadi diri sendiri lebih baik. Tak payah nak bersusah payah untuk tampil 'baik' depan orang lain. Bak kata kawan aku,'bajet suci macam malaikat' HAHA.Apakata, kalau korang tak suka, cakaplah tak suka. Lebih baik jujur kan sebab apa jer yang kita dapat kalau menipu orang lain? Tak dapat apa der.


Pegang kendali,



Jangan biarkan hidup korang dikuasai orang lain. Kendalikan diri korang dengan cara korang sendiri.Kalau kadang kadang mungkin kita akan gagal .Kegagalan yang terjadi bukan bermaksud korang tak dapat apa yang korang nak. Itu bermaksud, kegagalan itu merupakan satu permulaan bagi satu kejayaan. Cuma ia perlukan masa dan usaha korang sendiri. Asalkan korang tahu apa yang korang buat adalah perkara yang betul, tak salah kalau korang jatuh sekali ataupun berkali kali. Kalau jatuh, ingatkan diri korang untuk bangkit lagi :)

Bijak membezakan,



Korang kena tahu apa yang korang nak dalam hidup korang and korang kena bijak untuk memilih yang baik untuk diri korang sendiri. Sebagai contoh, korang melakukan perkerjaan yang korang rasa selesa dan suka, memakai minyak wangi ikut keadaan dan bijak untuk menyelesaikan masalah pada waktu yang sesuai. Benda yang kita suka buat, boleh buat kita happy kan? :D

Berhenti menyalahkan diri sendiri,


Ha, hal ini sendiri pernah berlaku dekat diri aku sendiri. Bila aku rasa down atau moody, aku akan salahkan diri sendiri. Tapi terus menerus menyalahkan diri sendiri atas satu perkara buruk tu cuma memberi impak yang negatif pada korang je. So ia patut dihentikan. Apakata korang memikirkan cara untuk mengatasinya daripada terus terusan menyalahkan diri sendiri. Lagipun kita ni cuma manusia biasa, kita hanya mampu merancang, dia yang menentukan.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Phew, aku ambik masa dua hari untuk siapkan entry ni, memang penat oh.Tapi berbaloi sebab dapat kongsi dengan korang korang semua. Jadi, apakata kita praktikkan tips ni dan tengok apa perubahan yang berlaku pada diri kita sendiri. Korang kena ingat, yang dapat ubah diri korang sendiri bukan orang lain, tapi diri korang sendiri. So sampai di sini saja entry yang ni.

Okay. Byeee :)

Alice madness returns

Assalammualaikum,



Hello readers!

Okay, korang ada baca title kat atas tu? Ini bukan movie tau, ini satu game yang plotnya diambil berdasarkan movie alice in wonderland. Tapi ini bukanlah tentang game budak budak yang terperangkap dalam dunia wonderland tu. Dalam game ni, heroinnya Alice, tidak terlepas dari demons yang dia nak lupakan tu. Dalam imiginasi dia, wonderland is not a wonderland. err, faham tak? Yang penting game ni memang emo la, sebab latar belakang graphic cerita ni gloom, takut, menyeramkan, patung yang bergerak -.-. Tapi yang penting memang cantik graphic dia.Senjata yang dia guna pun cun, skill dia pun cun, ada puzzle untuk uji minda korang. Ia ialah versi indah gelap bagi wonderland. Tapi game ni bagi aku biasa biasa jer,kadang kala ia akan membosankan sebab terlalu panjang dan terlalu biasa. Tapi kalau korang nak game yang merelekskan minda and tak terlalu berat, main lah game ni. Still boleh hilang stress whatt, kau hayun senjata, kau bunuh semua orang. HAHA.

Bawah ni aku kasi beberapa screenshot yang aku cari kat google.

Aiyak! amik kau!

'Drink me'



Okay, kalau nak cari tahu lebih lanjut pasal game ni, korang boleh masuk link ni :

Alice: Madness Returns Review: A 'Wonderland' wrapped in a straightjacket on Xbox 360, PS3, PC



Ni ada preview yang aku pinjam dari youtube.


                                     
Kalau tengah free, tengok tengok la ye.

Okey, done. Enjoykanlah diri anda main game ni :)

Byeeee.

Kelebihan menonton movie serammss

Assalammualaikum,

Antara banyak banyak gambar yang aku search kat google, ni paling yang tak seram, sebab tu aku letak yang ni -.-


Hello readers!

Hari ni aku nak bercakap tentang cerita hantu ataupun dalam bahasa yang lebih advance. horror movie. Aku cukup cukup pantang! kalau setiap kali aku nak pergi tengok movie dengan kawan kawan aku, mesti dorang akan pilih cerita hantu. Dah takder cerita lain ke weh. So setiap kali aku tengok cerita hantu mesti dan semestinya aku akan cover muka aku yang mulus ni dekat sweater ataupun tangan pun dah kira ok la tuuuu. Janji aku tak tengok muka hantu yang buruk tu, walaupun mak aku cakap ia cumalah 'make up'. Make up, tak make up kalau ditambah dengan bunyi dia yang menyeramkan tu, errrrr, makkkkk tolong! Biasanya dalam cerita hantu, mesti background bunyi kat belakang mula mula sunyi, lepastu si pelakon konon konon jalan slowmotion nak ke pintu tu, sekali BAH! terkejut meletup 'aku melatah'. Aku tak jerit tau, tapi aku melatah -.- itu aku tak tau kenapa. HAHA.

Dan kawan kawan aku yang dengki dengan aku, akan sedaya upaya kasi aku tengok movie tu dengan tarik tangan or sweater yang membantu untuk menutupi mata aku yang besar ni. Aku ada reason sbb apa aku tak nak tengok. Nanti aku mimpi, ngigau weh malam malam. Tak kesian kat aku ke (buat muka suci ala ala 'puss' si kucing dalam cerita shrek).



Tapi ada bagusnya jugak kalau tengok ceta horror movie ni. Di sini aku nyatakan beberapa advantage yang kawan aku sendiri hujah dekat aku. HAHA. *kredit to diannnn*


Uji keberanian


Kalau korang nak tengok korang punya berani tahap mana. Tengoklah movie movie seram ni. And kalau korang rasa diri korang ni memang boleh aku kasi title 'gua tabik sama lu' dalam hal hal cerita seram ni, pergi beli tiket sendiri, amik seat tengah tengah yang takde orang then ekau tengoklah movie yang terpampang besar tu sorang sorang. Kalau yang setakat tengok kat laptop, apa barang bai. Kecik screen,sound pun tak kuat mana, so tak best tengok cerita seram dalam laptop. Kalau yang semulajadi pengecut macam aku ni, baik lupakan jerlah yer adik adik. Memang akan join akk la, kita tutup mata sama sama dalam panggung.HAHA.


Dapat menakutkan diri.

Apocot!

Ha, ni lagi satu sikap manusia ni. Dah bagus bagus negara malaysia aman, takder rasa takut, korang still lagi nak menakutkan diri. Ni si jajan tu kasi idea la. Aku pun tak faham kenapa.Ni sama jer dengan nak uji rasa takut dalam diri. Apa kata korang buat yang macam seakers tu buat. Kata nak takutkan diri kan, tengoklah yang real punya -.-

Dapat nightmare syok ohh,

Ceta ni best, boleh tahan terkezut jugak laa. Hee


Waaaaaaaa, ni la yang aku tanak! tapi kawan aku cakap dapat nightmare itu best, sebab nanti bila kita mimpi seram seram nanti kita berpeluh. Kan dapat buang lemak tu. Salah satu cara untuk kuruskan badan semasa tidur (yang ni aku saja saja reka). What the !@#$%@ la. -.- Aku still tak boleh terima kenyataan kawan aku cakap nightmare itu best.


Dapat jerit jerit, nak test suara power ke tak.


Dapat test suara anda dalam panggung. Kau nak jerit macam orang gila dalam tu pun tak kesah, sebab dah cerita seram kannnn memang wajib jerit la untuk kepuasan. Kalau kau geram dengan someone ni, apa kata masa tengah part part hantu tu muncul, kau jerit jer nama orang yang kau geram tu. Contohnya "AMINAHHHHHHHHHHHHHHH"lepas tu ayat ayat mencarut tu dislowkan sedikit.Sebab tak baik tau tite mencarut carut ni.  Pastu,mesti kau rasa puas hati dan lapang gila dada kau. Serious, aku tak tipu. HAHA. Cubalah.

Tapikan, aku tak bisa menjerit kalau terkezut. Aku melatahh la wehhh, stress tau tak. Berbanding dengan kau jerit bagai nak gila masa kau gi genting, sekejap jer dapat jerit, lepastu satu round roller coaster dah habis. Kalau dalam cerita hantu, kau akan menjerit sepenuh masa. Kalau satu jam dalam cerita tu, asek banyak terkezut jer, lagi banyaklah kau jerit. Kalau nak jerit sampai sesak nafas pun boleh, takder siapa yang boleh halang. Tapi janganlah over sangat nyah walau nak test suara you yang ayu tu. HAHA. Nanti tak pasal pasal kena boooo sama penonton lain.Tak pasal pasal balik dari tengok cerita seram,sepatutnya muka senyum, tapi kau nangis sebab kena booo. Ala ngada.


xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Oke. itulah antara kebaikan kebaikan (tangan di dada, mata ke atas) menonton movie seram. Tapi aku still tak dapat terima kenyataan ada kebaikan di sebalik menonton movie seram. Kalau macam cerita 'Tolong! awek aku pontianak' tu aku boleh tahan lagi, or movie 'zombie kampung pisang' sebab takderlah asek terkezut jer macam kena eletrik, korang still boleh tengok movie tu dengan santai. Dan aku lebih suka movie yang tak menyesakkan jiwa dan kelakar. Hilangkan stress juga tu tauu.

Oke. byeeeeeeeee

Wednesday, August 3, 2011

Jenis jenis kisah cinta.

Assalammualaikum,


sweet marshmallow couple ;)

Hello awak awak sekalian,

Hari ni entry aku jiwang sikit. Second entry dah jiwang kannnn. Nak buat macam mana, ni la hal yang paling umum and aku bet la setiap manusia kat muka bumi ni akan merasai nikmatnya cinta. *chewaaahhh*. And masa mula mula bercinta tu memang gila ah sweet, kau rasa macam dunia tu kita punya sorang je, dah tak peduli dah orang sekeliling. Masa masa permulaan perkenalan exchange nombor phone dulu. Itu ialah merupakan satu perkara yang common or basic untuk memulakan satu perkenalan. Lepas dah lama bertexting dalam phone sampai tak ingat dunia, pukul 3,4 pagi baru nak tido, terasa lak nak berjumpa. Kiranya macam first date laaa*teringat i masa muda muda dulu,macam lah aku dah tua sangat kan. -.-* HAHA.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Masa first date rasa gelabah gila. Fikir nak pakai apa, nak cakap apa, nak buat apa sebab semestinya kau akan rasa kekok bila ada first date ni. Bila dah jumpa kat satu tempt pertemuan, confirm masa lelaki tu nak datang dekat kau, kau akan rasa macam jantung kau bergetar jer. Seolah olah ada gempa bumi padahal takde. *hal ini cuma berlaku kalau pihak perempuan dan lelaki suka sama suka* . Yang lelaki ni, dengan megahnya, control macho la kununnnn datang dekat kau sambil tersengih macho. 

Dup Dap Dup Dap, jantung si perempuan berkata berkata.

Lepas tu ajaklah, gi tengok wayang, makan makan, jalan jalan dekat taman, berborak borak sesama sendiri.Lepas tu hantar kau balik rumah dengan motor kapcainya.Tersengih sengih manja pihak perempuan melambai lelaki yang dah nak pergi dari situ.Balik rumah jer terus texting.

"Thanx u, memang sweet gila u tadi. Harap lepas ni kita dapat jumpa lagi :)" masa ni hati dah berbunga bunga dah, tido pun boleh senyum tauu. 

Ha! itu kata kata untuk 'first date yang berjaya'. Tapi kalau kalau laaaa kita punya first date hampeh gila, sure lepas ni 'jangan haraplah aku nak jumpa kau lagi' HAHA.



Ok! Tu untuk introduction. Sebenarnya cerita kat atas ni ada persamaan dengan aku sikit..errr, banyak sikit.HAHA. Actually,hari ni punya entry aku nak cerita tentang jenis jenis cinta. Kasi besar sikit biar lu olang boleh nampak.  Aku ada search tentang jenis jenis cinta ni, memang banyak gila jenis yang baru kutahu. Tapi aku akan mentionkan untuk beberapa jerlah sebab terlampau banyak jenis.

cinta pertama


Ha, ini setiap orang pasti akan melaluinya, first love. Macam cinta pertama kita la, masa masa ni kita baru nak berjinak jinak merpati nak kenal apa itu cinta. First love adalah satu perkara yang paling sweet dan jujur. And biasanya ia akan berubah mengikut masa. Kalau seseorang itu cepat bosan,kemungkinan besar sang perempuan atau lelaki akan mencari yang lain. Itu la yang menyebabkan satu hubungan retak kalau salah seorang dari kita 'TIDAK SETIA' . Tapi kadang kadang yang pertama tak semestinya kekal, kalau jodoh kita dengan orang lain nak buat macam mana kan? 


cinta tiga segi


Wujud? sememangnya wujud tauuu. Ada juga lelaki mahupun perempuan yang sudah ada 'someone' still mencari yang lain untuk kepentingan dan kepuasan diri masing masing. Hal ini boleh menyebabkan berlaku 'cinta tiga segi'. Ok, aku pernah juga jumpa perempuan yang cakap macam ni 'saya tak kesah kalau dia dah ada girlfriend, janji saya ada dengan dia' What the @$##%$ is this. Tak tau ke apa aku rasa masa tu -.-. kurang asam jawa betullah, nasib baik aku ni masih boeh tolerete lagi, masih boleh sabar tau. Ok dah, lupakan kisah lama. HAHA. Cinta tiga segi ni lah yang kadang kala boleh membuatkan satu hubungan putus tengah jalan. Disebabkan ada orang ketiga. Ataupun boyfie kau hotstuff sangat, sampai ada perempuan yang hot sexy smexy tu datang nak ngurat. Tapi kalau boyfie kau setia and jenis tak pandang perempuan lain, jangan risau, secantik, sesexy smexy perempuan hot yang bajet lawa tersebut takkan sama dengan kau yang comel comel ayu malahan sopan ni. *wah anti betul aku* HAHA.


cinta menggoda


Ini merupakan kisah cinta yang agak tragik. Cinta ini tentang seseorang yang terlalu sayang dekat awekss/balaks dia. Walau kena tinggal terapung apung pun, dia still sayang dekat awekss/balakss dia and dia yakin yang balakss/awekss dia akan kembali dengan dia balik. Ini biasanya berlaku dekat orang yang baru putus cinta dan memerlukan masa. Maklumlah, bila kau putus cinta, secara automatically kehidupan kau akan rasa sedikit kosong. Tapi jangan risaulah, time will heal everything. Janganlah terlalu berharap si dia tu akan kembali, move on. Sebab kau deserve someone yang better dari si dia tu haa. :)


cinta berbeza status


Ha! yang ni contohnya macam status usia. Pakcik umur 105 tahun berkahwin dengan perempuan berumur 22 tahun. Eh eh, jangan gelak or terkezut sebab ini memang ternyata nyata benar. Kan pernah keluar dalam berita metro tak lama dulu. Kalau tak percaya cuba tekan ini . Ha, terlopong ekau, tapi tak mustahil kan?Sebab tu la ada pepatah cakap, cinta tak kenal usia :). Selain itu, status pangkat pun ada juga. Macam orang kaya dengan orang kayaa jer tak nak campur dengan orang orang miskin ni sbb takut nanti kikis harta. *eww.Status muka hot lawaz pun ada juga ke? itu aku tak sure. Tapi kalau dalam berkawan setahu aku ada. Yela, kalau boleh satu group kawan tite nak yang hot hot je, nak yang comel comel je, muka muka huduh tak boleh masuk group ni. Alaaa, macam cerita mean girl tu. Ni amatlah tidak matang. *eww


cinta penyelamat



Kalau cerita pasal penyelamat jer mesti ingat hero hero dalam movie yang ada superpower tu kan? Ianya salah. Cinta penyelamat ni tentang kita yang selalu tolong dia, setiap masa. Dia ingatkan bantuan tu ikhlas, tapi kita mengharapkan 'sesuatu' *jeng jeng jenggg* dari dia. Contohla, adalah boss dalam syarikat tempat kau kerja, bagi kau bunga, bagi kau bonus, bagi kat kau macam macam, even family kau punya hal pun dia masuk campur. err, maksud aku dia tolong parent kau la dengan bantuan kewangan. Kau ingatkan boss kau ni baik, suka tolong orang tapi sebenarnya jauh dari sudut hati boss kau tu, dia harap kau akan jatuh hati dekat dia. Yela, terhutang budi kot kalau ada orang tolong kau macam macam.Kalau kau jatuh hati sebab budi orang tu boleh tapi kalau dah tak suka tu tak payah lah paksa diri ye dop? Kalau kau mengalami situation yang macam ni, better kau buka mata kau dan terus terang kat boss kau tu yang kau tak suka dia. *perghh berani buat ke?HAHA


Rasa rasanya cukuplah untuk aku terangkan 5 kisah cinta yang merumitkan. Yang penting, kita sayang tuhan dahulu, sayang diri kita dahulu then family, barulah kau boleh sayang dekat boyfie/gf kau tu ok? :)

Ok dah. byeeee