Saturday, September 17, 2011

Putus cinta bukanlah bermaksud ia sudah berakhir.

Assalammualaikum,



Hello :)
Dah lama aku tak update blog. Entahlah, mungkin sebab sumber inspirasi aku sudah hilang, jadi aku pun buntu untuk update post tentang apa. Lagipun aku banyak spend time dengan mengupdate tumblr.Aku luahkan perasaan aku melalui tumblr aku juga.Jadi, entry aku sebelum sebelum ni agak depressed. Ia memang agak menyedihkan, kalau kita hilang sesuatu.Kita akan rasa kosong. Sepanjang beberapa minggu ni aku diuji dengan satu ujian tuhan. Aku bersyukur, sebab aku ada kawan kawan aku yang naikkan semangat aku balik. Yang paling tahu keadaan aku ialah, kawan baik aku yang serumah dengan aku. Bila aku fikir balik, aku memang dalam keadaan yang agak teruk. Luka kalau dalam hati ni, memang payah sikit nak ubat. Kadang kadang perlu masa yang lama.

Kadang kadang kalau aku rindu dia, aku akan massage kawan aku and cakap aku rindu dia. Aku boleh tahan rasa rindu tu kadang kadang, tapi kalau dah tertahan, aku akan massage kawan aku, lepas tu waaaaaaaaaaaa nangis. hahahaha. Rasa puas sebab aku dah lepaskan perkataan tu dekat seseorang. Aku just pretend, yang aku dah cakap aku rindu dia dekat dia. Pathetic kan? :')

Ahh, setiap kali aku teringat dekat dia. (memang 24/7 aku teringat dia) aku akan sedarkan diri aku. Ini semua dah berakhir. Reality tu kadang kdang menyakitkan kan? Aku tak boleh lagi berharap yang hubungan ni akan terus macam dulu. Cukuplah.

'Kita jadi manusia ni kena redha..mungkin ada hikmah disebaliknya..mungkin kau akan jumpa orang yang lebih baik untuk kau..orang yang setia..orang yang boleh bimbing kau..Allah dah tentukan semuanya untuk kira..Ada orang yang lagi layak untuk kau..amin' - H

'Kebahagiaan ada untuk mereka yang menangis, mereka yang telah disakiti, mereka yang telah mencuba kerana merekalah yang biasa menghargai betapa pentingknya orang yang telah menyentuh kehidupan
mereka ♥ -D


Jadi sesiapa yang diluar sana, yang baru putus cinta. Chin up, and smile. Siapa kata ia mudah? ia memang susah. Sebab setiap masalah mana ada yang senang. Tak salah kalau nak menangis sebab teringatkan dia, rindu dia. Ia lebih baik kalau kau luahkan semua tu. Ia ambil masa, tapi kalau satu hari kau jumpa orang lain, yang sanggup buat lebih baik dari si dia. Kau akan lebih menghargai perasaan itu. Just keep reminding to yourself, Ingatlah this is reality. So wake up. Sebab ia dah berakhir.

No comments:

Post a Comment