Saturday, October 29, 2011

Maafkan saya, mak.

Assalammualaikum,


Hello..
Kali ni aku buat entry khusus untuk my mum. Actually, aku dengan mak aku tengah dingin and aku rasa kekok disebabkan hal ni. Memandangkan esok aku nak balik pahang, hope aku dapat luahkanlah semuanya dekat sini. Biasalah, anak anak ni kadang kadang ego..maaf mak..

Mak,
maafkan ela sebab melukakan hati mak. Kadang kadang tak sengaja, dan takder pun niat ela nak cakap macam itu. Ela tau, mak dah banyak berkorban untuk kami semua, lahirkan kami dan besarkan kami bukan perkara yang mudah. Tapi kenapa mak seolah olah, membandingkan ela dengan abang? Ela tahu, abang lebih sempurna, abang lebih baik, abang lebih pandai, abang lebih baik dari ela dari semua segi. Mak, kenapa mak tak bagi peluang dekat ela untuk menonjolkan diri sendiri, untuk jadi diri sendiri dan bukannya berdiri di bawah bayang orang lain?

Adik terlalu menyusahkan mak ke? Adik tak layak ke untuk bergelar anak? Maaf mak, mungkin mak tak pernah rasa macam ni, tapi ela fikir bukan bukan. Betulkan ela, kalau ela salah. Mak, satu je yang ela mintak, tolong terima ela dengan seadanya boleh..ela cuba untuk jadi yang terbaik untuk mak dengan abah.maafkan ela mak, kalau apa yang ela cakap ini melukakan hati mak.Sekarang ela rasa amat bersalah sebab fikir bukan bukan pasal mak. but its hurt me a lot. Maafkan ela mak..

Pemakaian tudung itu trend?

Assalammualaikum,

Beautiful eyes ;)

Hello readers,
Apa khabar semua? sihat? Kali ni aku ingin nyatakan pendapat aku tentang perempuan yang bertudung. Kita dapat lihatlah, bermacam gaya, bermacam cara dan bermacam macam nama yang boleh kita dengar. Tapi kalau setakat wearing a tudung tanpa mengikut syarat adakah itu satu perkara yang betul? Aku disini agak kesal dengan fesyen ntah apa apa (sorry to say) ia tak nampak cool atau cantik langsung. Kalau pakai tudung, nampak leher, pakai baju ketat, tudung yang terlalu pendek. layakkah kita nak katakan yang gadis itu bertudung?

Terus terang, entry kali ini untuk peringatan kepada aku juga sebab aku pun tidak memakai tudung dengan begitu sempurna. Kejap kejap pakai, pakai legging, pakai baju ketat, tudung pendek tidak menutupi dada. Yes, aku memang pakai tudung macam itu sebelum ni. Tapi bila kita fikir balik, tudung is not just a fashion, ia satu kewajipan tuhan. Jadi kalau setakat niat di hati untuk memakai tudung yang sebegini janganlah mengaku yang kita ni 'gadis bertudung' . Lagi satu, gambar di facebook (melainkan kau hide) gambar gambar kau yang dulu tak pakai tudung, kenapa tak hide atau remove je, because now you bertudung kan jadi nampak tidak begitu manis di situ.

Kali ni aku nak share dekat korang satu dialog antara gadis bertudung dengan yang tak bertudung yang ada di facebook.

perempuan bertudung VS perempuan tak bertudung

masuk link ini untuk ketahui lebih lanjut.

Aku tahu bila sesiapa je yang mempersoalkan pasal gadis tak bertudung ni, gadis dekat luar sana ramai yang panas hati. Tujuan aku bukan ingin mengaibkan atau nak memperkotak katikkan gadis yang tidak bertudung, aku cuma ingin berkongsi ilmu yang aku dapat, bukankah lebih baik kita berkongsi benda yang baik ni kan.Apa yang diperkatakan muslimah berdasakan photo di atas ni ialah, benar.

Kata orang niat belum sampai, biarlah kalau nak pakai tudung dengan ikhlas bukan dengan terpaksa. Memang kalau benda yang kita tak biasa buat, kita akan rasa tak biasa. Kalau benda yang terpaksa dibuat juga itulah muncul fashion tudung yang macam tak pakai tudung tu.

Siapa kata bertudung halang kita dari berfashion? Asal kena dengan niat dan cukup syarat yang telah disyaratkan dalam islam ia cukup baik. Tapi lebih baik kalau pakai tudung bawal, lebih tertutup, lebih manis kan :) ha, dan aku tengah mencuba ke arah itu sebab aku sudah biasa pakai tudung lilit. Pemakaian tudung lilit perlu kena dengan caranya kan. Especially, dada itu perlu ditutup.

WIR campaign - covering the chest is the best

Ini lagi satu link yang aku ingin kongsi tentang pemakaian tudung ini. WIR disini membawa maksud, wear it right. Pakailah tudung dengan cara yang betul.

.Klik ini untuk enlarge
Sebagai konklusinya yang dapat kita lihat, tidak bermaksud anda dah cover rambut itu sudah dikira sempurna. Banyak lagi ciri ciri lain yang perlu dipertikaikan.Ada pelbagai sebab kenapa wanita ini begitu mulia darjatnya sehingga kecantikkan sebenarnya cuma boleh diperlihatkan kepada muhrimnya sahaja.Jadi,sama sama kita renungkan, dan sama sama kita beramal.

Aku disini ingin memohon maaf jika ada terguris hati sesiapa dan jika aku salah sama samalah kita memperbetulkan :)

Friday, October 28, 2011

Buat aku tersenyum by Shila Hamzah

Assalammualaikum,



I do have guitar. Mak aku belikan, tapi belum kesampaian lagi untuk menyanyikan lagu ni sambil bermain guitar. Mungkin kalau satu hari nanti, aku akan nyanyikan lagu ini untuk my future husband (tinggi angan angan) haha. Jadi buat masa ni enjoy je laa :) xoxo

Thursday, October 27, 2011

Perempuan suka bila lelaki..


Assalamualaikum,

Gambar ini aku curi kat google. Nak cari lelaki melayu kang ada yang terperasan kang -.-

Hello readers,
Okey hari ni, taknak cakap banyak actually. Yela, pasti bosan kan asek dengar aku membebel sorang sorang. Jadi aku list kan je, jenis jenis lelaki yang perempuan maybe suka. (kebanyakannya aku suka) wahahaha. lantak la :P. okey kasi bunyi drum sikit. *drolllll~
  • Suka senyum. Bukan senyum miang, tapi senyum yang manis dan ikhlas dari sudut hati yang paling dalam. chewaahh
  • Suka pakai baju melayu. Seriously, aku nampak lelaki yang pakai baju melayu comel. Tapi bukan dengan short pants la, maksud aku yang lengkap berpakaian baju melayu. Kalau pakai songkok lagi alahai comel :)
  • Geek style, haha. memang la mula mula aku nampak lelaki ni macam 'ntah apa apa' tapi bila kau selami hati budak yang geek style ni betul betul, serious comel. Tapi janganlah serabai sangat naa -.-
  • lelaki yang do have blog. kebanyakan lelaki yang ada blog ni, dia ada satu side yang sangat sexy tau. Tak tau nak cakap macam mana. haha. mybe bila depan depan dia usually pendiam, tapi dalam blog? waoo fantastic
  • Ni kira bonus, lelaki yang ada lesung pipit. Even kau ada jerawat batu pun, bila perempuan nampak lesung pipit kau mesti ada terselit dia cakap 'ee comellah lesung pipit you' haa
  • Lelaki yang bersih mukanya. Ciri ciri lelaki seperti ni, biasanya dia rajin solat. Nampak tenang je bila pandang muka dia. Kalau perempuan yang gelojoh sangat tu, dia terus ajak meminang tau.
  • Lelaki yang pandai mengekspirasikan romantikanya melalui lagu atau puisi. Sama ada suara kau sumbang atau tak, bila kau ikhlas, semuanya nampak indah. Serious ni bro. gua tak tipu.
  • Lelaki yang suka masak WO! HIGH FIVE! boleh nanti kita masak sama sama kan sayang ngee :3
  • Lelaki yang hormat perempuan. Nowadays la kan, kalau lelaki jumpa perempuan yang pakai 'seksa' sikit, cakap macam ni 'boleh buat tido ni' atau 'boleh buat main ni' isk.aku sedih. Lelaki zaman sekarang seolah olah, dah tak menghormati perempuan. tak baik naa cakap lagu tu. kalau nak memperbetulkan dia pun, perluka cakap macam tu, kenapa tak ambil pendekatan yang lain? Macam nasihat ke?
  • Lelaki yang tak suka buat drama. Serious aku menyampah gila type lelaki macam ni. Nak ambik simpati orang konon cakap dia sakit la ini lah, kang tuhan turunkan bala sakit betul betul baru tahu. Tuhan maha adil, DIA nampak, dan Dia dengar.
  • Lelaki yang hormat orang tua.menyayangi family dia dan tak mementingkan awek semata mata. 
  • Lelaki yang tak pentingkan ego semata mata. Paling menyampah kalau ada lelaki cakap 'ala ini kerja orang perempuan' excuse me, mintak tolong sikit tak boleh ke ha?
  • Lelaki yang ada ciri ciri untuk menjadi leader. Boleh nampak melalui, cara dia jaga adik dia. Adik betul tau bukan yang terangkat angkat ni ha.
  • Lelaki yang setia, caring , bla bla bla and sewaktu dengannya. Ini biasa dah termaktub dekat 'perangai wajib yang mesti ada dekat lelaki untuk buat perempuan jatuh cinta'. Nak tahu lebih lanjut search google.
  • Lelaki yang tak bajet dialah paling hot or hensem kat dunia. Dia jadi diri sendiri depan orang yang dia suka dia. Menggelabah or kalut depan perempuan yang dia suka aku rasa itu cute pergh.
  • Yang paling penting, lelaki yang menyayangi perempuan itu seadanya. Di mana di jatuh cinta bukan kerana rupa perempuan itu, tapi jatuh cinta dengan kelemahan dia, jatuh cinta pabila dia jadi diri dia yang sebenar. Tapi, masalahnya, zaman sekarang ni semua pandang kepada rupa, sayangnya. :)
Actually, banyak lagi kot, tapi yang ni je yang terlintas dalam benak hatiku ni. chewah. Ini semua benda yang agak common and banyak lelaki tak boleh buat. haih. sedih kan. 

Saturday, October 22, 2011

Perempuan semakin hari semakin murah.

Assalammualaikum,

NAK BABY MACAM NI :)

Hello readers!
Hais, hari ni muka aku agak berseri seri dan bersemangat nak update blog. Yeah, aku tahu, aku dah lama tak update blog ni, busy dengan exam, class err. Aku baru je lepas exam beberapa hari yang lepas dan sekarang aku sedang bercuti :)  Spend time dengan family buat aku rasa ringan je. Masalah semua hilang kannn.

Okey, mungkin korang ingat aku nak mengamuk ke apa tentang entry ni. Hmm, aku memang rasa nak marah, malu dan macam macam perasaan lahh yang muncul dalam fikiran aku ni. Kenapa la perempuan zaman sekarang ni murah sangat?

KALAU YOU SAYANGKAN I, YOU KENA BUKTIKAN dengan toot toot tottt

kepala hottss you you laa kan, haaa. sorry terkasar sikit bahasa. Takde istilah kalau sayang kena bagi benda tu. Macam macam boleh buktikan. Kalau dah lelaki start mintak benda tu,lupakan dia je. Dia tak layak untuk kau.

AWAK YANG PEREMPUAN PEREMPUAN NI, UNTUK PENGETAHUAN AWAK, KALAU LELAKI BETUL BETUL SAYANGKAN KITA, DIA TAKKAN ROSAKKAN MAHKOTA AWAK TAUU.

aku tulis kasi besar biar korang nampak betul betul yang aku marah -.- ( ceh marah sikit nak tulisan pakai caps) haha.

Aku pernah cakap ayat tu(seperti di atas) dekat seorang perempuan. Tapi dia macam masuk telinga kanan keluar telinga kiri. hais.

Zaman sekarang pun, tak tau la ajaran sesat mana tah yang diorang belajar,

Nak dapat perempuan jenis macam ni pada zaman sekarang, ibarat petik jari pun boleh. Usha sikit kasi cair lepastu hmm. Tapi jangan terkejut ada jugak perempuan yang mintak sendiri. Kira wanita sekarang ni superwoman ke sebab terlampau berani ?


KALAU TAKDER DARA, TAK MODEN LA BEB.

umur pun tak lepas nak mengundi ada hati you'oll nak berkata sedemikian. Meluat pulak aku dengar diorang cakap macam tu. Kesian pun ada jugak.Nak salahkan ibu bapa kadang kadang tak boleh jugak. Sebab ibu bapa kadang kadang dah didik anak anaknya dengan betul.

Tah lah, makin pelik aku tengok budak budak zaman sekarang -.- benda yang betul dihina, dicaci, dikata kolot. Benda yang memang tak betul, diagung agungkan, dikatanya tak kolot.

Kalau nak amik sangat kelekaan dekat dunia ni ambiklaaaa. Tapi ingat. Ini semuanya sementara ja. Yang kekal, dunia akhirat. Kita duduk dekat dunia ni bukan untuk bersuka ria, tapi untuk diuji.

Awak yang senang senang bagi body dekat lelaki ni akan dianggap martabatnya terlalu rendah di mata lelaki.Terlalu rendah.



LELAKI YANG NAK BODY YOU TU, TAK BOLEH JADI IMAM UNTUK YOU NANTI DAN DIA BUKANNLAH LELAKI YANG BAIK.

persetan semua rasa sayang sayang ehh tu. Tunggu kau kawin lepastu barulah nak rasa sayang sayang ehhh tu. Kalau nak bercouple pun, pandai pandailah jaga body biar tak kena sentuh dengan lelaki yang bukan muhrim kau sendiri. Bila dah hilang toot, mulalah menangis, meraung menyesal tak sudah. Kira okeylah tu kalau ada yang nak tampil bertanggungjawab, kalau lelaki tu emang dasar toot, hye hye bye bye la dekat kau.

Lepastu buang baby baby comel tepi tepi jalan :(

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Apapun, berbalik kepada title yang diatas. Aku cuma nak berikan peringatan. Jagalah body body awok tu la ye. Jaga untuk suami awak nanti. Dan,ingatlah, benda yang paling mahal dalam diri perempuan ialah, makhkotanya :) jadi kalau dah hilang makhkota, kita akan dianggap seperti tiada nilai. Siapa yang nak kalau body sudah ditebuk tupai?

Jadi secara konklusinya, aku bukanlah seorang muslim yang sempurna, tapi aku cuma menjadi yang lebih baik jadi aku cuma mampu untuk peringatan kita bersama. Sorry sebab terkasar sedikit, dan aku tidak berniat untuk mengata buruk tentang perempuan sebab aku pun perempuan jugak kan :) Jadi sama samalah kita beringat.

Wassalam.