Thursday, October 27, 2011

Perempuan suka bila lelaki..


Assalamualaikum,

Gambar ini aku curi kat google. Nak cari lelaki melayu kang ada yang terperasan kang -.-

Hello readers,
Okey hari ni, taknak cakap banyak actually. Yela, pasti bosan kan asek dengar aku membebel sorang sorang. Jadi aku list kan je, jenis jenis lelaki yang perempuan maybe suka. (kebanyakannya aku suka) wahahaha. lantak la :P. okey kasi bunyi drum sikit. *drolllll~
  • Suka senyum. Bukan senyum miang, tapi senyum yang manis dan ikhlas dari sudut hati yang paling dalam. chewaahh
  • Suka pakai baju melayu. Seriously, aku nampak lelaki yang pakai baju melayu comel. Tapi bukan dengan short pants la, maksud aku yang lengkap berpakaian baju melayu. Kalau pakai songkok lagi alahai comel :)
  • Geek style, haha. memang la mula mula aku nampak lelaki ni macam 'ntah apa apa' tapi bila kau selami hati budak yang geek style ni betul betul, serious comel. Tapi janganlah serabai sangat naa -.-
  • lelaki yang do have blog. kebanyakan lelaki yang ada blog ni, dia ada satu side yang sangat sexy tau. Tak tau nak cakap macam mana. haha. mybe bila depan depan dia usually pendiam, tapi dalam blog? waoo fantastic
  • Ni kira bonus, lelaki yang ada lesung pipit. Even kau ada jerawat batu pun, bila perempuan nampak lesung pipit kau mesti ada terselit dia cakap 'ee comellah lesung pipit you' haa
  • Lelaki yang bersih mukanya. Ciri ciri lelaki seperti ni, biasanya dia rajin solat. Nampak tenang je bila pandang muka dia. Kalau perempuan yang gelojoh sangat tu, dia terus ajak meminang tau.
  • Lelaki yang pandai mengekspirasikan romantikanya melalui lagu atau puisi. Sama ada suara kau sumbang atau tak, bila kau ikhlas, semuanya nampak indah. Serious ni bro. gua tak tipu.
  • Lelaki yang suka masak WO! HIGH FIVE! boleh nanti kita masak sama sama kan sayang ngee :3
  • Lelaki yang hormat perempuan. Nowadays la kan, kalau lelaki jumpa perempuan yang pakai 'seksa' sikit, cakap macam ni 'boleh buat tido ni' atau 'boleh buat main ni' isk.aku sedih. Lelaki zaman sekarang seolah olah, dah tak menghormati perempuan. tak baik naa cakap lagu tu. kalau nak memperbetulkan dia pun, perluka cakap macam tu, kenapa tak ambil pendekatan yang lain? Macam nasihat ke?
  • Lelaki yang tak suka buat drama. Serious aku menyampah gila type lelaki macam ni. Nak ambik simpati orang konon cakap dia sakit la ini lah, kang tuhan turunkan bala sakit betul betul baru tahu. Tuhan maha adil, DIA nampak, dan Dia dengar.
  • Lelaki yang hormat orang tua.menyayangi family dia dan tak mementingkan awek semata mata. 
  • Lelaki yang tak pentingkan ego semata mata. Paling menyampah kalau ada lelaki cakap 'ala ini kerja orang perempuan' excuse me, mintak tolong sikit tak boleh ke ha?
  • Lelaki yang ada ciri ciri untuk menjadi leader. Boleh nampak melalui, cara dia jaga adik dia. Adik betul tau bukan yang terangkat angkat ni ha.
  • Lelaki yang setia, caring , bla bla bla and sewaktu dengannya. Ini biasa dah termaktub dekat 'perangai wajib yang mesti ada dekat lelaki untuk buat perempuan jatuh cinta'. Nak tahu lebih lanjut search google.
  • Lelaki yang tak bajet dialah paling hot or hensem kat dunia. Dia jadi diri sendiri depan orang yang dia suka dia. Menggelabah or kalut depan perempuan yang dia suka aku rasa itu cute pergh.
  • Yang paling penting, lelaki yang menyayangi perempuan itu seadanya. Di mana di jatuh cinta bukan kerana rupa perempuan itu, tapi jatuh cinta dengan kelemahan dia, jatuh cinta pabila dia jadi diri dia yang sebenar. Tapi, masalahnya, zaman sekarang ni semua pandang kepada rupa, sayangnya. :)
Actually, banyak lagi kot, tapi yang ni je yang terlintas dalam benak hatiku ni. chewah. Ini semua benda yang agak common and banyak lelaki tak boleh buat. haih. sedih kan. 

1 comment:

  1. Kalau nak ikutkan ciri ciri perempuan yang lelaki minat, rasanya korang semua single sampai bila-bila.

    ReplyDelete