Tuesday, January 24, 2012

GOTH

Assalammualaikum,




Hello guys,
Setelah sekian lama aku tak mengupdate blog ni, blog ni pun macam dah berabuk, seolah olah tidak bertuan. Rasa malas menjadi jadi, facebook pun aku pandang macam tak pandang je. Nak katakan aku ada masalah, no. I'm fine.

Sepanjang cuti raya cina ni, pada waktu siangnya aku berdating dengan family aku dan pada malamnya aku akan baca manga yang bergenre seram, pysco, dan triller. Aku memang tak begitu gemar membaca atau menonton cerita yang seram dan mengejutkan ni. Tapi cerita ini berbeza. Ia menyeramkan tapi tak perlukan 'hantu' untuk membuatkan kita meremang bulu roma.

Aku ingin ceritakan tentang manga yang aku baca kali ini agak berbeza. Aku dah terlampau pftttt untuk baca novel atau manga yang menjadikan watak utama seorang detektif atau orang yang menyelesaikan misteri bunuh bunuh ni. Kali ini, aku inginkan cerita yang watak utamanya adalah pembunuh itu sendiri. Melalui itu, kita dapat merasai lebih dalam lagi apa yang benar benar di dalam fikiran pembunuh itu sendiri.

Kebiasaannya, cerita cerita yang sebelum ini aku baca, pembunuh tu sama ada ingin membalas dendam disebabkan hal yang lepas. AKU MUAK dengan cerita yang sama. Ataupun pembunuh itu rupa rupanya makhluk pelik yang muncul dalam hutan blablablabalba. Sudah terlampau banyak cerita macam ni aku baca dan aku muak.

Dalam cerita yang ingin aku olah sebentar lagi, cerita ini tentang betapa physchonya dua orang budak sekolah. Siapa kata pembunuh mesti muka bengis, bawak pisau sana sini, or having terrible life all the time? Kadang kadang orang yang kelihatan biasa itu lebih berbahaya dari orang yang bermuka bengis ni tau tak.


GOTH



Sebenarnya manga ini diadaptasikan daripada sebuah novel GOTH yang ditulis oleh Otsuichi dan novel ini ada pernah menang award. Aku akan ceritakan serba sedikit sinopsis cerita ini berdasarkan wikipedia. Walaupun manga dia agak berbeza sedikit tapi jalan ceritanya sama.

Novel ini mempunyai enam series cerita pendek tentang dua budak sekolah menengah, yang pada mulanya penulis yakni seorang budak lelaki yang tidak diberikan nama sampai  ke penghujung cerita ini dan seorang lagi merupakan budak perempuan yang bernama Yoru Morino. Tetapi kalau di dalam manga watak utama lelaki tersebut telah dinyatakan namanya terlebih dahulu.

-Goth : Morino menjumpai satu diary yang telah dituliskan oleh seorang pembunuh. Di dalam novel tersebut, ia menceritakan tentang mangsa ketiga yang masih belum lagi dijumpai. Jadi, Morino telah berpakaian seolah olah mangsa ketiga tersebut untuk mengumpan pembunuh itu. Tidak lama kemudian, dia telah menerima satu pesanan ringkas yang bertulis 'tolong'

-Wristcut : (Flashback sebelum Morino dan penulis menjadi kawan) Selepas menjumpai patung yang tidak mempunyai tangan di bakul sampah lab, penulis pecah masuk rumah cikgu sainsnya untuk meyakinkan bahawa cikgunya yang selama ini telah memotong tangan penduduk sekeliling. Kemudian, dia mencuri tangan yang telah dipotong dan disimpan di dalam peti ais dan cuba untuk perangkap Morino dengan meletakkan helaian rambut yang seolah olah rambut Morino (walhal rambut adik penulis) di rumah cikgu itu. Dia berbuat demikian supaya cikgunya memotong tangan Morino. Penulis amat mengiinkan tangan Morino yang telah mempunyai parut akibat dari cubaan bunuh diri yang ingin dilakukan oleh Morino seketika dahulu.


-Dog : Penulis menyiasat tentang kes penculikan anjing.

-Twins : Morino menghadapi insomnia dan dia perlu mencari tali untuk diletakkan di leher. Ini akan membantunya untuk mengatasi masalah sukar tidurnya. Morino menceritakan kepada penulis tentang bagaimana dia dan adik kembarnya pada masa kecil selalu menyamar menjadi mati sehingga Yu (kembarnya) secara tidak sengaja telah jerut lehernya sendiri.

-Grave : Saeki menghabiskan masa dengan berkebun dan membuat lubang untuk mengawal obsesnya terhadap menanam manusia hidup hidup. Dia telahpun membunuh budak lelaki yang merupaka jirannya suatu ketika dahulu dengan melemaskannya di dalam keranda. 

-Voice : Kakak natsume telah dijumpai badannya telah dipotong di dalam sebuah hospital terbiar. Seminggu selepas itu, seorang lelaki misteri memberikan satu tape kepada Natsume. Itu merupakan satu message daripada kakaknya yang telah direkodkan sebelum dibunuh. Jika dia ingin tahu selanjutnya, dia perlu datang ke hospital dan membenarkan lelaki itu untuk bunuh dia.

Ini merupakan sedikit sebanyak sinopsis yang telah aku translatekan melalui wikipedia. Secara asalnya, aku tak pernah baca novel cerita ini tapi aku nak baca kalau ada kesempatan. Aku cuma telah baca manga dia, macam mana pelukis menceritakan balik apa yang penulis ni ingin sampaikan. Ceritanya agak berbeza berbanding dengan novelnya tapi aku rasa berbaloi untuk baca cerita ini.


Atas ni merupakan link untuk baca novel tersebut. Tak payah nak sign up atau sign in. Ia free. Dia ada juga telah dimoviekan tapi tidak begitu menarik dan lil confusing. Aku rasa better baca manga atau novelnya terlebih dahulu, Ehem. Kepada sesiapa yang takut benda benda potong potong ni aku rekemen baca jerlah novelnya. Sampai sekarang aku masih mencari novelnya and hope kalau ada sesiapa terjumpa tolong bagitau la ye. Pm je saya :D

Btw, kalau dekat Malaysia, FIXI also one of my favorite. 

No comments:

Post a Comment