Saturday, October 29, 2011

Pemakaian tudung itu trend?

Assalammualaikum,

Beautiful eyes ;)

Hello readers,
Apa khabar semua? sihat? Kali ni aku ingin nyatakan pendapat aku tentang perempuan yang bertudung. Kita dapat lihatlah, bermacam gaya, bermacam cara dan bermacam macam nama yang boleh kita dengar. Tapi kalau setakat wearing a tudung tanpa mengikut syarat adakah itu satu perkara yang betul? Aku disini agak kesal dengan fesyen ntah apa apa (sorry to say) ia tak nampak cool atau cantik langsung. Kalau pakai tudung, nampak leher, pakai baju ketat, tudung yang terlalu pendek. layakkah kita nak katakan yang gadis itu bertudung?

Terus terang, entry kali ini untuk peringatan kepada aku juga sebab aku pun tidak memakai tudung dengan begitu sempurna. Kejap kejap pakai, pakai legging, pakai baju ketat, tudung pendek tidak menutupi dada. Yes, aku memang pakai tudung macam itu sebelum ni. Tapi bila kita fikir balik, tudung is not just a fashion, ia satu kewajipan tuhan. Jadi kalau setakat niat di hati untuk memakai tudung yang sebegini janganlah mengaku yang kita ni 'gadis bertudung' . Lagi satu, gambar di facebook (melainkan kau hide) gambar gambar kau yang dulu tak pakai tudung, kenapa tak hide atau remove je, because now you bertudung kan jadi nampak tidak begitu manis di situ.

Kali ni aku nak share dekat korang satu dialog antara gadis bertudung dengan yang tak bertudung yang ada di facebook.

perempuan bertudung VS perempuan tak bertudung

masuk link ini untuk ketahui lebih lanjut.

Aku tahu bila sesiapa je yang mempersoalkan pasal gadis tak bertudung ni, gadis dekat luar sana ramai yang panas hati. Tujuan aku bukan ingin mengaibkan atau nak memperkotak katikkan gadis yang tidak bertudung, aku cuma ingin berkongsi ilmu yang aku dapat, bukankah lebih baik kita berkongsi benda yang baik ni kan.Apa yang diperkatakan muslimah berdasakan photo di atas ni ialah, benar.

Kata orang niat belum sampai, biarlah kalau nak pakai tudung dengan ikhlas bukan dengan terpaksa. Memang kalau benda yang kita tak biasa buat, kita akan rasa tak biasa. Kalau benda yang terpaksa dibuat juga itulah muncul fashion tudung yang macam tak pakai tudung tu.

Siapa kata bertudung halang kita dari berfashion? Asal kena dengan niat dan cukup syarat yang telah disyaratkan dalam islam ia cukup baik. Tapi lebih baik kalau pakai tudung bawal, lebih tertutup, lebih manis kan :) ha, dan aku tengah mencuba ke arah itu sebab aku sudah biasa pakai tudung lilit. Pemakaian tudung lilit perlu kena dengan caranya kan. Especially, dada itu perlu ditutup.

WIR campaign - covering the chest is the best

Ini lagi satu link yang aku ingin kongsi tentang pemakaian tudung ini. WIR disini membawa maksud, wear it right. Pakailah tudung dengan cara yang betul.

.Klik ini untuk enlarge
Sebagai konklusinya yang dapat kita lihat, tidak bermaksud anda dah cover rambut itu sudah dikira sempurna. Banyak lagi ciri ciri lain yang perlu dipertikaikan.Ada pelbagai sebab kenapa wanita ini begitu mulia darjatnya sehingga kecantikkan sebenarnya cuma boleh diperlihatkan kepada muhrimnya sahaja.Jadi,sama sama kita renungkan, dan sama sama kita beramal.

Aku disini ingin memohon maaf jika ada terguris hati sesiapa dan jika aku salah sama samalah kita memperbetulkan :)

No comments:

Post a Comment